Jumaat, 14 April 2017

Kelebihan Istighfar



Dalam satu riwayat diceritakan oleh IMAM AHMAD BIN HAMBAL...
dalam buku yang ditulisnya sendiri menceritakan dalam bukunya tentang kelebihan ISTIGHFAR...

 Beliau adalah seorang ulamak yang mashur yang membawa mazhab HAMBALI... pada waktu ketika itu beliau belum lagi terkenal atau dikenali di kampung itu...

Sedang beliau singgah disebuah kampung yang berdekatan kerena kepenatan... akhirnya beliau pun singgah beristirehat disebuah masjid yang sunyi... ketika beliau hendak meluruskan badanya, datang seorang penjaga masjid, lalu diperintahkan keluar daripada masjid tersebut... walaupun demikian sifat takabbur dan sombong tidak wujud pada ulamak, lalu beliau bergegas keluar mangijut peruntah penjaga masjid tersebit dengan senang hati...

Saat beliau berehat diluar dengan tiupan angin yang sayu meniup badanya... tiba-tiba datang seorang saudagar menegur sapa beliau... (tidak mengenali siapa Imam Ahmad Bin Hambal)

berkatalah saudagar itu "Assalamualaikum wahai saudara"... dijawab oleh Imam Ahmad bin Hambal dengan sepontan "Waalaikumussalam w.w."... saudagar itu bertanya, "kenapa kamu berada duduk diluar masjid?" Jawab beliau "aku ingin menghilangkan penatku untuk berehat seketika"...





Mereka pun beborak panjang...

Lalu saudagar pun berkata "marilah singgah kerumah sayang tidak jauh dari sini" dengan ajakkan yang begitu mesra, beliau meraihkan permintaan saudagar tersbut untuk kerumahnya... di rumah saudagar itu juga mereka berborak dengan cerita yang begitu mesra...

Akhirnya... saudagar itu berkata... "oleh kerana kamu tetamu aku hari ini aku akan masakkan sesuatu untukmu"... beliau mahu menolak tetapi, beliau risau nanti saudagar tersebut merasa kecil hati... berkatalah beliau "mari aku membantumu apa yang boleh aku bantu"... lalu mereka pun ke dapur bersama-sama...


Terdapat sesuatu kejadian yg hebat berlaku yg dilihat dan di dengar sendiri oleh beliau... 

setiap kali saudagar itu memasukkan perencah-perencah tambahan kedalam makanan yang di masak, saudagar itu mengucapkan "أستغفر الله" sebanyak-banyaknya sehingga saudagar itu sendiri berhenti letakkan rempah itu ke dalam masakan...

Imam Ahmad Bin Hambal tediam dan memerhati seketika...



Dengan sahaja beliau bertanya... "Ya Tuan Saudagar... sudah berapa lama kejadian seperti itu diamalkan...?" jawab saudagar itu dengan senyuman biasanya "sudah hampir 30 tahun"...

Terdiam dan sungguh teruja beliau melihat amalan itu... dengan ilmu yang tersimpul dalam dada beliau yang mengetahui mendalam tentang amalan itu... lalu, beliau bertanya lagi... "adakah semua kerja dan kemahuan tuan siap dan tecapai yang di hajati?"... dengan senyum lagi saudagar itu menjawab "الحمد لله.. Allah memberikan segala yang ku impikan dan memudahkannya..."

"Ya Allah... hebatnya amalan orang ini...."dalam hati beliau dengan senyum... Dalam keadaan sunyi... tiba-tiba saudagar itu berkata... "cuma satu??? yang sudah sekian lama kunantikan tak kunjung tiba"... bertanyalah beliau dengan gesanya... "apa dia yang belum tercapai tuan saudagar???" pada waktu itu juga muka saudagar itu berubah menjadi sedih...

Berkatalah saudagar itu perlahan-lahan...
"AKU BELUM LAGI MENEMUKAN IMAM AHMAD BIN HAMBAL... entah apa dan di mana silap saya"... Imam Ahmad bin Hambal SANGAT TERKEJUT... "سبحان الله... Hebatnya ketentuanMu dalam menelusuri amalan murni dariMu..."

 Berkatalah beliau dengan keterujaan...
"Wahai tuan Saudagar...  AKULAH IMAM AHMAD BIN HAMBAL" dengan penuh keterujaan pada saudagar terus mendekati dan memeluk beliau dengan titisan kegembiraan mengalir dengan penuh keyakinan terhadap Allah atas ketentuanNya...

ALLAHU AKBAR...
Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Penyayangnya engkau pada hamba-hambamu Ya Allah...

Kami selalu lupa padaMu,..
Kami selalu Ingkar ArahanMu...
Kami Selalu Lalai dari SuruhanMu...

Namun...

Engkau masih ada untuk kami...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan